Kata-kata Aluan Presiden DPUKM

Bismillah
Presiden DPUKM

Syukur alhamdulillah saya panjatkan ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurniaNya masih lagi diberikan kesampatan dan kekuatan untuk memimpin Dewan Perniagaan Usahawan Kecil Malaysia (DPUKM), semoga dikuatkan semangat untuk terus mengeratkan silaturrahim di antara usahawan-usahawan di dalam DPUKM khususnya dan seluruh Malaysia amnya.

Syabas dan terima kasih diucapkan kepada semua Ahli Majlis Tertinggi DPUKM kerana bersama-sama saya dalam merealisasikan visi dan misi DPUKM supaya menjadi platform terbaik bagi semua usahawan di Malaysia samaada yang baru memulakan perniagaan mahupun yang sudah berjaya dalam perniagaan masing-masing. Di dalam kita semua mengharungi kehidupan yang semakin sibuk dengan tugas-tugas harian, ktia juga terikat dengan tuntutan untuk memperbaiki dan merapatkan silaturrahim di antara semua usahawan. Saya dan Ahli Majlis Tertinggi telah mengatur beberapa aktiviti dan gerak kerja demi membuka ruang dan peluang kepada usahawan-usahawan supaya lebih berjaya dan berdaya saing di dalam dunia perniagaan yang semakin mencabar dewasa ini.

Sesungguhnya manusia hanya boleh merancang, namum Allah jua yang menentukan segalanya. Oleh itu, kita sewajarnya terus berusaha dan tidak merasa jemu untuk mencapai apa yang kita cita-citakan. Sekian, wassalam.


YBhg. Dato' Sri Abu Hasan bin Mohd Nor

Presiden Dewan Perniagaan Usahawan Kecil Malaysia (DPUKM)

Pengenalan

DEWAN PERNIAGAAN KECIL MALAYSIA (DPUKM) ditubuhkan pada Mac, 2013 beralamat di Wisma RKT Tingkat 3, No 2, Jalan Raja Abdullah, Off Jalan Sultan Ismail, 53000 Kuala Lumpur. Ia merupakan sebuah persatuan usahawan yang dikendalikan 100% Bumiputera dengan kerjasama kementerian, jabatan-jabatan, agensi-agensi kerajaan, koperasi dan swasta.

DPUKM diuruskan sepenuhnya oleh Dato' Sri Abu Hasan bin Mohd Nor selaku Pengasas dan Presiden, serta dibantu sepenuhnya oleh Datin Sri Norliah Che Mohamad, Setiausaha Agung Malaysia, dan dibantu oleh beberapa Ahli Majlis Tertinggi (MT) dalam pengurusan persatuan dan hal-hal yang berkaitan. Dengan kemampuan dan pengalaman yang sedia ada, DPUKM mampu menjadi sebuah persatuan usahawan yang utama bagi tujuan membantu usahawan industri kecil dan sederhana bergerak seiring dengan persatuan untuk berjaya dalam bidang perniagaan yang diceburi dan juga sesiapa sahaja yang baru menceburkan diri dalam perniagaan.

DPUKM juga sentiasa melakukan aktiviti dan pembangunan usahawan lain di Malaysia, dan program ilmiah bagi membuka peluang kepada usahawan supaya menjadi usahawan yang cemerlang dan berdaya saing, bukan sahaja di dalam negara malah di luar negara. DI samping itu juga DPUKM mampu membawa individu yang menjadi ahlinya ke arah yang lebih besar dan berdaya maju dalam bidang perniagaan, yakni dari "Zero to Hero".

Syarat Menjadi Ahli

DEWAN PERNIAGAAN KECIL MALAYSIA (DPUKM) mengalu-alukan sesiapa sahaja rakyat Malaysia untuk menjadi ahli DPUKM. Ini kerana bersesuaian dengan sasaran DPUKM yang ingin memupuk rakyat Malaysia menjadi usahawan dan menceburkan diri dalam bidang perniagaan sekaligus dapat meningkatkan produktiviti dan ekonomi negara. Usahawan kecil atau pun yang telah berjaya amat digalakkan untuk menyertai DPUKM, begitu juga bagi sesiapa sahaja yang masih belum mempunyai perniagaan tetapi berhasrat untuk menjadi usahawan.

Syarat dan keperluan permohonan untuk menjadi ahli adalah seperti berikut:

  • Berumur 18 tahun dan ke atas
  • Salinan kad pengenalan
  • Gambar berukuran pasport 2 keping
  • Salinan SSM (jika ada)
  • Yuran tahunan sebanyak RM150 bagi syarikat enterprise, dan RM300 bagi syarikat Sdn Bhd

Skop Usahawan

  • Usahawan mikro (kecil dan sedarhana)
  • Usahawan IKS
  • Usahawan berjaya mentor
  • Usahawan pelbagai
  • Usahawan korporat
  • Usahawan dari luar negara

Misi dan Visi DPUKM

Dewan Perniagaan Usahawan Kecil Malaysia (DPUKM) mempunyai matlamat yang jelas bagi memartabatkan ekonomi usahawan terutamanya Bumiputera di Malaysia sehingga ke peringkat global.

  • Mewujudkan kesedaran orang ramai supaya memilih bidang keusahawanan berbanding bekerja.
  • Memberi panduan kepada sesiapa sahaja terutamanya orang Bumiputera yang baru hendak memulakan perniagaan.
  • Menaiktaraf usahawan-usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) supaya menjadi usahawan yang lebih berjaya.
  • Menyatupadukan semua usahawan supaya mempunyai jaringan perniagaan yang lebih besar.
  • Merealisasikan impian supaya usahawan Bumiputera menjadi pemain utama ekonomi di Malaysia menjadi kenyataan.
  • Menjadikan usahawan kecil dan sederhana sebagai pemangkin ekonomi utama negara.
  • Membangunkan usahawan kecil dan sederhana dari "Zero to Hero" yang menaikkan ekonomi serta bidang perniagaan.
  • Hala tuju yang padu dan mantap.
  • Memberikan peluang perniagaan serta bimbingan keusahawan sehingga menjadi mentor mentee yang terus berjaya.
  • Program-program seminar, kursus, ekspo, karnival yang membawa kepada keusahawanan yang terbaik dengan berpersatuan dalam DPUKM.
  • Jaringan rangkaian yang luas dalam dan luar negara tanpa sempadan kepada yang menjadi ahli dalam DPUKM.
  • Membawa produk-produk ahli keluar negara, mempromosikan sehingga berjaya teruma produk halal.
Logo DPUKM

Carta Organisasi

LOGIN AKAUN WEB DPUKM.com.
Ahli DPUKM tapi belum ada akaun web DPUKM.com? Hubungi kami di SINI

Sila isi email anda

Hide Sila isi katalaluan

Lupa katalaluan?

Daftar akaun web DPUKM

Error message here!

E-mel perlu diisi!

Hide Katalaluan perlu diisi!

Lupa katalaluan? Isikan email anda. Anda akan mendapat katalaluan baru.

E-Mail perlu diisi!

Kembali ke log-in

Tutup